Wednesday, June 7, 2017

Review buku : rebel dengan tuhan

Kisahnya kelmarin adik lia.z ajak teman dia pergi habiskan kad debit 1 malaysia dia kat popular one segamat...
Maaaakkk lahh masuk-masuk rasa macam ok bestnyer tajuk buku yang ada rasa macam nak beli semua memandangkan sis lia.z memang dah bertahun-tahun tidak ke pesta buku,tidak membeli buku,dan dah habis zaman belajar dan xdapat lagi baucer buku.. #nangis

Memandangkan diri ini tengah asik moody je,asyik nak mengamok je lia.z ikhtiar untuk cari buku untuk mengisi masa lapang di rumah sempena bulan ramadan ini..dapat cekup buku #fragilebysyiralokman sebab adik belanja.....kejap lagi buat post review buku fragile...

Buku fragile beli petang,balik berbuka puasa,kemudian solat magrib terus membaca...baca dengan penuh leka,sekali malam tu jgak habis.....
Letaklah buku fragile kt mini library dalam bilik ni,sekali ternampak buku rebel dengan tuhan... Contact adik,mungkin buku dia,so dia bagi baca...

Start membaca petang semalam,lepastu pada bahagian malam pun sama sambung membaca..still tak habis lagi...
Sambung lagi baca pagi ni,alhamdulillah habis....dan lia.z ada spotted many quotes yang nampak simple tapi sentap dia..adoiii,banyak buat dosa nak kena buat solat taubat banyak-banyak...
Saya bukan sejenis ulat buku tapi saya tetap memerlukan buku untuk self motivation lagi-lagi bila rasa diri ini asyik moody je..asyik nak marah orang je...ada jugak yang pesan,jangan ikutkan perasaan..maap,naturally sifat seorang guru memang tegas tapi kalau degil sangat akan jadi garang je..maap...kadang-kadang sedih jgk dgn diri sendiri sebab tak reti nak kawal perasaan,pernah kena marah dengan lecturer jgk sbb garang sangat...kita mak ayah pun ajar garang,tak sama macam pelajar sekarang....sori..ehh melalut plakk..

Jomlah kita teruskan review buku ini..

Lia.z paling suka bab meneka dan sekarang masanya..

Meneka.
Hanya dua muka surat sahaja dah mampu buat kita sentap.lia.z mengaku lia.z juga sejenis yang terus terang dan terkadang khilaf diri ter'judgemental'orang lain...well,nobody perfect..

"Andai kita membenci manusia yang masuk jalan simpang tidak reti bagi signal,yang seolah-olah menyangka kita ini tahu setiap hasrat hati dia,itu membawa satu pengakuan dalam diri kita.

Iaitu,kita memang tidak boleh tahu apa yang ada dalam hati orang. Kita tidak tahu niat dan apa yang akan dia lakukan selepas ini. Kita juga tidak akan pernah tahu apa yang terbuku dalam hatinya, tanpa dirinya menceritakan satu per satu.

Kerana itulah,orang yang suka meneka atau bersangka buruk terhadap manusia di sekelilingnya sangat tidak disukai dan akan dijauhi.

Apa dia ingat, dia itu Tuhan?

Kerana itu tiada lagi jalan keluar yang lebih baik selain bersangka baik.

Ya,bersangka baik.
yang berpada-pada.

Jika tidak,banyaknya hanya membawa kepada dosa.

#meneka #rebeldengantuhan "

Simple je kan ayat-ayat dia..tapi kita kena sedar.. Sentiasalah bersangka baik dengan orang..jangan nampak salah dia je...

Maaf jika diri ini banyak buat salah terutamanya bab meneka ni haaa..



Sekarang Masanya.

Untuk bab ini,muka surat agak panjang..tapi apa yang lia.z dapat simpulkan di sini.. Biarlah kita nak buat apa pun kemudian di caci orang,di maki orang anggaplah itu satu cabaran bukan satu titik untuk kita terus jatuh...sebab hidup ini bukan untuk mencapai redha manusia,tetapi yang lebih penting adalah redha Yang Maha Esa..

"hidup ini bukan untuk mencapai Redha manusia,tetapi yang lebih penting adalah redha Yang Maha Esa"

Inilah sedikit petikan dalam bab ini yang buat lia.z rasa we must get a life with passion... Kepuasan kita dengan Tuhan,bukan untuk fikir apa yang orang cakap...

Diri yang lemah ini juga pernah dituduh sakit mental,gila,kena rasuk bagai..saat itu,lia.z tak mampu nak percayakan manusia...yang lia.z mampu percaya,Tuhan dah bagi banyak perkara yang indah di dunia ini kenapa aku tak pernah bersyukur..kenapa aku perlu kejar benda yang belum pasti...kenapa aku cuma nampak keindahan itu hanya daripada manusia yang aku belum pasti kewujudannya masih ada lagi atau tidak di masa hadapan.

Lia.z suka untuk meluahkan rasa hati di laman ini tapi kadangkala terasa lebih baik aku meluahkan dengan cara yang lain tanpa diketahui orang lain cukuplah diri sendiri dan Tuhanku...

Mungkin itu sahaja coretan buat lia.z berkenaan buku berjudul rebel dengan tuhan...

Sekian,terima kasih.







Yang masih banyak buat dosa,

Lia Zakiah Cerdik

No comments:

Post a Comment