Saturday, July 15, 2017

Argue

Assalamualaikum..



Its better lost contact rather than contact but we are quarelling each other..

Teringat dulu,cikgu kaunseling lia.z cakap awak ni memang baik dengan semua orang.. Campaklah kat mana-mana,awak mesti boleh hidup... Tapi awak jenis yang senang dapat kawan,senang juga hilang kawan....tapi dalam percintaan awak memang series dan jujur..namun awak selalu dipermainkan..

Memang masa masuk sekolah asrama,sis lia.z kawan dengan semua orang acah acah peramah lah..tapi peramah ke saya?...

Tidak sama sekali,peramah ini selalu dituduh macam-macam kalau nak tahu terutama sekali dituduh sebagai batu api.
Sebahagian orang akan positif,akan puji kita berpengalaman tapi untuk yang negatif ini perit,mereka akan menuduh anda membawa cerita yang bukan-bukan,menokoktambah,buat cerita,fakta salah...ehh macam-macamlah...kadang rasa diam itu lebih baik..

Hubungan dengan kawan-kawan tidak pernah baik,ada saja yang nak digaduhkan..jadi untuk mengelakkan pergaduhan,ramai jugaklah orang yang lia.z block from my life....walaupun kawan baik sendiri.......walaupun someone yang lia.z trust untuk cerita kisah sukaduka lia.z...mungkin kita terasa sesuatu perkara itu baik untuk mereka(kawan-kawan) tapi pada mereka benda itu tidak penting,maka dengan itu,berlakulahh salah faham...

Tidak dinafikan,semua orang yang baik dengan lia.z tu lia.z rindu..
Ramai je kawan yang pernah baik dengan lia.z,walaupun asyiklah bergaduhnya..

Tapi Tuhan itu Maha Adil,lia.z mempositifkan diri mereka ada lebih banyak komitmen berbanding layan seketul lia.z yang sangat manja dengan ramai orang..asyiklah nak meeting,asyiklah nak berjalan sana sini..

Ya Allah,tahun ini memang tak ada kesempatan nak beraya rumah cikgu-cikgu sekolah zaman dulu sebab memang dah takdok mood dah untuk benda adhoc-adhoc dengan kawan-kawan tf5..rindu tu memang ada tapi tak guna kalau organise meeting depa SEMUA TAK DATANG...... Tak guna jugak if aku sorang je excited bawak kereta pusing satu JOHOR  nak jumpa kawan-kawan tapi mereka semua sambil lewa je...
Begitulah juga kawan-kawan Daripada KMJ,dan UPSI.......
Kawan kmj haritu pun ada jugaklah yang masih keep in touch dan rasa macam nak pergi jumpa lagi diorang kt jb,semua orang tengah struggle cari duit,jika mereka bersempatan kami planning untuk ke keyelll..

Kawan UPSI,jugak sama diblock untuk mengelakkan salah faham..haaa tunggulah korang semua posting...benda bukan kerja kita,nak pertikaikan lagi lah aku nak berang...kalau aku anak madzir khalid sekalipun ingat kerja aku ke tiba-tiba dapat pergi interview..rezeki masing-masing awak awak sekali,semua orang akan dapat,jangan risau...percaya pada diri,banyak lagi benda yang kita boleh buat selain daripada menunggu posting..
Lia.z pun sempat kerja taska sebelum tunggu keputusan sekolah..

Macam lia.z cakap,kita Rasa its good to share our Experience tapi mereka belum ada lagi pengalaman tu so Pada mereka tak perlu kot lia.z kongsi..

And also those pernah jadi my acah-acah bff.. Walaupun bff sekalipun,jangan lah sampai gays/lesbian sampai 24 jam nak dengan aku...shit! Tapi kadang-kadang memang ada je certain time rasa macam dah lama sangat tak jumpa padahal baru seminggu je tak jumpa 😂😂😂

Bila dah baik sangat,bukan boleh percaya manusia 100%....hidup bff kita tu pun Tuhan yang tentukan,kenapa plaa kita nak arahkan macam-macam kat dia..dah habis kalau dia bz,aku pun bz..dah jangan mengamuk tak dapat jumpa...

So kebiasaannya pengakhiran seorang bff ialah sebab dah lama sangat tak set date so dah tak jumpa..lama kelamaan gelung ikatan kami pun semakin mereput..

Tidak kira macammana kisah persahabatan lia.z,terima kasih buat awak semua memberi pengalaman yang agak pahit tapi juga indah sebab mengajar erti kehidupan,memberikan lia.z kesedaran kita ini sama,manusia yang masih banyak buat silap,banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki..

Macam dah panjang je post kali ini..
Baiklah,Assalamualaikum...






Yang selalu gaduh dengan kawan,

Lia Zakiah Cerdik

No comments:

Post a Comment