Friday, September 8, 2017

Bola


Assalamualaikum..

Korang suka kan tengok bola?tak kisahlah apa jenis bola pun..
Saya setakat nak buat relation dengan kehidupan seharian sahaja..

Dia hanya mampu bergolek-golek sahaja..

Baik,cuba bayangkan jika awak berada di satu point in circumstances which awak semua mampu bergolek ke banyak tempat... Tetapi pada sesuatu masa anda berhenti,kita takkan pernah tahu kedudukan kita..tidak kiralah,atas bawah tepi tengah depan belakang...kita takkan pernah tahu sebab kuasa Allah itu indah..

Adakalanya dia letak kita kat atas dimana semua benda kita menang,semua benda kita dapat,semua benda perfect..
Tetapi tidak bermakna jika semua benda kita dapat tapi timbul perasaan memandang rendah kepada orang lain..Malah kita perlu merendahkan diri kita lagi adalah jalan yang benar..

Walaupun saya jenis tidak suka menilai orang,😂walaupun kerja cikgu...menilai sesuatu adalah perkara paling susah buat saya..saya selalu ambik yang positif je tentang kejayaan orang..

contohnya seseorang manusia itu,ya ampun banyak duit kaya apa semualah tapi dia tak pernah tinggal solat.. Bila orang dok mengumpat,mengutuk dan mengata individu tersebut saya lebih rela berdiam dan senyum berbanding berhujah untuk sekali mengutuk ke hape...
     Haha..nobody perfect guys..cumanya manusia ni kadang-kadang depa terpaksa berjauhan untuk kawal hati masing-masing..

Ada lagi satu kisah,yang ini paling saya ingat.
Tentang kisah seorang alim ulama yang disanjung ramai orang disekelilingnya. Tetapi dia suka merendahkan orang lain kerana amalannya dipuji dan dia terasa sperti dialah paling berkuasa sedangkan kita semua tahu hanya Allah sahaja yang berkuasa di dunia ini..
Sampai satu hari ajalnya pun tiba,dicabut oleh malaikat maut.
Alhamdullilah..mati dalam iman(suara p ramlee plakk tiba-tiba dalam otak)..
Sehinggalah alim ulama ini dihisab..
Didalam syurga terdapat beberapa peringkat pintu syurga sebelum berjumpa dengan Allah swt dan malaikat-malaikatnya..Malangnya,alim ulama itu terlepas satu pintu untuk ke syurga..

Tahu tak sebab apa,sebab dia merendahkan orang lain sedangkan amalannya sudah cukup banyak dan berjaya melepasi beberapa pintu syurga tetapi disebabkan satu kesalahan,beliau tidak dapat melepasi satu pintu syurga dan terus Allah memberi seksaan atas perbuatannya..

Pengajarannya disini,meskipun amalan kita banyak dilakukan,kita takkan mampu kira berapa banyak sebab itu semua kerja Tuhan..dan janganlah sesekali kita merendahkan orang..biarlah bersederhana dan ajaklah orang membuat kebaikan..





Yang rasa diri macam bola,

Lia memang gemuk macam bola 😂

No comments:

Post a Comment