Sunday, September 3, 2017

Tak mahu

Assalamualaikum..

Sebenarnya hati ini memang tak pernah rela untuk sepenuh masa berblogger.
Banyak sangat benda yang perlu belajar walaupun diri ini memang bukan seorang pelajar berlatarkan it,programming so on..
Memandangkan kemajuan negara semakin meningkat,kenalah juga belajar dan lebih bersedia dalam menjalankan tugas memberi idea-idea yang bernas..

Seperti sis cakap sebelum ini,tidak dapat bayangkan bagaimana ianya berfungsi sedangkan semua ini adalah robot yang buat,maksud saya sistem..ramai yang cakap boleh jana pendapatan tapi saya tak pernah faham kemajuan teknologi yang semakin banyak dan memorakporandakan perhubungan manusia..tak habis-habis salahfaham..

Kehidupan seharian saya juga bukan menggalakkan saya untuk online,memerah otak untuk menulis.
Mempelajari segala macam etika penulisan..saya tak pernah faham..

Ada dua tips yang sampai sekarang saya tak faham apa manusia nak..

1. Menulis biar dari hati,bermonolog dengan ikhlas.

2. Menulis biar ada etika dan sentiasa mempromosi dan berikan perkhidmatan yang baik kepada orang lain.

The things is,bila kita dah mula menulis mengikut naluri dan perasaan,mereka suruh kita kawal perasaan dan jangan meroyan sangat..padahal aku tengok blogger yang popular itu meletop kebaboom sebab dia tulis sesuka hati dia ikut perasaan..
Keling doh kau ni nak apa sebenarnya..

Bila dah ikut etika,ehh kau cakap aku lurus sangat plak..bila buat ayat yang sama je,kau cakap aku plagiat..kau tiru orang..kau viral aku copy bulat-bulat..kau cakap jangan terlalu tepengaruh dengan quote of the day..kau cakap terlalu bergantung pada quote padahal quote itu yang membantu meningkatkan motivasi kau setiap hari.. Aduiii,rasa macam tak bersyukur sangat.astargfirullahalazim..

Sebenarnya kau nak yang mana?

So jangan tanya kenapa,aku tak pernah nak up untuk menjadi seorang yang lebih profesional dalam penulisan.

Dan aku tetapkan diri aku.
Menulis hanya untuk diri sendiri.
Orang baca tak baca belakang cerita.
Jana income ke apa ke..aku still kena stick pada satu tujuan yang aku rasa aku selesa..TANPA MENYUSAHKAN ORANG LAIN   ..
Maaflah,lia.z ada profesion yang mungkin perlu diberikan fokus lebih berbanding disini..
Maaf juga buat kawan-kawan atas sebab diri ini yang masih belum faham bagaimana ianya bekerja..
Maaf jika menyebabkan anda sekalian merasakan diri ini belum cukup sempurna untuk menjadi seorang penulis..




Yang tidak pernah mengharapkan diri untuk menjadi seorang yang perfect,

Miss imperfect

No comments:

Post a Comment