Tuesday, November 6, 2018

Kesempatan vs Tidak ambil kesempatan

Alhamdulillah.

Hari demi hari, sis lia. Z diberikan petunjuk oleh Allah.

'Redha Allah datangnya daripada redha mak bapak.'




Setiap hari sis selalu ingatkan pada diri. Apa yang Mama cakap, semua tak boleh melawan. Semua kena dengar walaupun Kadang-kadang perangai dia mcm bos-bos sangat. 😂😍
Kita tetap kena dengar cakap dia walaupun kita rasa tak patut dengar.pernah sekali, sis xdengar dan redah je la, sekali sis dapat tahu apa yang mama cakap tu mmg betul..



Misalnya time cuti kali ini, entah apa dia berangan lelebih tiba-tiba cakap dengan sis nak bagi sis sejumlah wang jika sis dapat cari calon.. Untuk mudahkan perjalanan.. Aduhhhh, ini bukan nasihat ini mendesak namanya.

Tapi sis dengan tenangnya, bawak je lah kereta.. Sepanjang perjalanan berdoa, semoga Allah bukakan pintu hati jodohku. .
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua..



Kalau ikutkan semua target ini takde pun dalam kepala otak. Yang ada, rumah dan umrah..


Rumah.
Umrah.
Rumah.
Umrah.
Rumah.
Umrah.
Rumah.
Umrah.


Setiap malam sebelum tidur, mesti fikir ni.
Setiap pagi bangun tidur, mesti ni.
Setiap kali bangun tahajud solat hajat minta rumah sebijik.
Pergi mana pun jalan tengok rumah orang berdoa nak rumah sebijik..


Tak terfikir pun perkara lain tapi sis tidak cukup kuat untuk lakukan semua ini sebab sis hanyalah seorang perempuan.

Macam-macam plan dah cuba buat tapi satu apa pun tak jadi. Mungkin ada plan Allah yang lebih indah daripada sis lia plan..






Jadi, apa kene-mengena dengan kesempatan dan tidak ambil kesempatan?
Sebenarnya dah keluar topik dah, tadi setakat mukadimah.



Selalu kalau perempuan, suka sangat gosip pasal lelaki mengumpat mengutuk mengatakan? Tetapi kalau daripada pihak seorang sahaja perempuannya, itu ialah pendapat. Betul tak? Jadi harini sis lia nak bagi sedikit pendapat secara personal yang lia belajar satu per satu daripada seorang individu bernama lelaki.
Senang citer nak share, tapi kalau terasa janganlah marah. Hihihi..





Kita belajar daripada sekolah rendah kot pasal benda ni. Bila ada lelaki, pasti akan ada timbul fitnah. Padahal pada sis, sis layan mereka mcm abang sis dan ayah sis. Tapi kalau dah namanya perempuan, pasti akan ada timbul walaupun kita rasa dah cukup jaga dan mengelak.


Lia. Z ni nampak je macam playgirl seperti orang cerita tapi sebenarnya saya ialah seorang perempuan yang malas nak ambik kisah lelaki.
Dan tahu, mana lelaki yang hanya datang kat kita untuk ambil kesempatan.

Biar kita belajar banyak jenis cara daripada kita tersalah pilih.

Yang balik kena, kita ni lah. Semuanya salah perempuan. Sebab cantik jadi lelaki nak kat kita, padahal kita nak jadi cantik sebab kita nak dapatkan keyakinan diri..

Sebab peramah jadi lelaki nak kat kita, padahal aku memang cikgu kenalah friendly dengan orang barulah dapat ramai kawan.

Tapi apa yang berlaku zaman sekarang ini, sebab cantik laki tinggalkan sebab tuduh perempuan curang..

Sebab peramah laki tinggalkan sebab curang jugaklah.




Jeles ini adalah penyakit hati. Memang dia milik seorang suami tapi suami kena ingat dia juga milik Allah.
Bila-bila masa Allah boleh tarik dia sekiranya anda tidak bersyukur dengan apa yang anda miliki.

Daripada situ, sis lia belajar cara diambil kesempatan.

Tertinggal satu,


Sebab sis kerja cikgu. Yang mendekati sis semuanya yang jenis nak minta-minta sis duit.. Ya Allah, jauhkan aku daripada lelaki yang sebegini..

Mohon ye, apa yang sis tuju ini bukan untuk seorang je. Cuma sis pernah terkena jadi sis buka untuk semua orang.

Kau tak pelik ke wehh, kau tengah jenjalan seronok dekat mall.. Dia yang berkenan kasut tu, then dia lawan2 cakap dgn aq harga kasut itu ini blah blah mahal tiba-tiba tolong bayarkan. 😅😅😅 Apakah jenis orang begini.

Selama ni memang aku tak perasan tapi Alhamdullilah.Allah dah berikan aku petunjuk.


Ni cerita 2 pula, tengah ngeteh ni beramai-ramai kat kedai.. Sis pun minta diri dulu sebab ada hal lain.
Dia boleh cakap, okay malam ni cikgu yang belanja kan?

Ehh walaupun aku cikgu, tetapi kau tu lelaki kot. Kau kena malulah dengan aq sebagai seorang perempuan... Kena lelaki bebudak anak murid aku takpelah ini sebaya. Hmmmm.. Haritu keluar dgn anak murid aku pun, dorang siap tambah satu lagi pizza untuk belanja cikgu pulaa dia cakap.. Kau patut malu lah kau minta-minta aku macamtu..
Macamtu ke boleh jadi calon yang mama aku nak sangat alasan sebab satu negeri so senang nanti nak balik kampung. Sori not my taste. Sebab tu mama ni pun telah membuatkan plan sis berterabur dan serabut bila citer pasal rumah.. Kejap lagi bukak topik pasal rumah keh..


Cukuplah kot pendapat sis amalia.
Malas nak cerita banyak nanti ada orang terasa pula.. So harap faham jika sis dah tak menahan untuk mengelakkan diri daripada anda.

Sebab adalah untuk mengelak diri daripada dibawang2an..
Kalau betul anda seorang lelaki yang bertanggungjawab, awak tak akan ambil kesempatan atas seorang perempuan seperti contoh di atas..

Ada jugak lagi satu cerita, asyik minta sis duit. Tapi taknak citer panjang. Sebab benda kita boleh elak kan? So pergi main jejauh dan janganlah perasan sis ni nak sangat kat hang kalau dah kerjanya minta duit aku, dan berlagak pula mcm banyak sangat duitnya. Kau nak datang rumah aku pun, aku xbagi kalau dah cara kau mcm nak ambik kesempatan kat aku.




Setakat ni, ada jugaklah seorang ni yang tidak mengambil kesempatan pada sis lia. Cumanya dia tidak reti mencuri masa untuk komitmen ini. Baguslah mcmtu. Tak selalu jumpa nanti rindu.. Ahahahaha..
Semuanya bagus tentang dia. Dia memang hebat.. Mohon dia terasa dia hebat. 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣




Yang sentiasa berhati-hati,




Cik bunga masih mencari jodoh. 🌹💐








No comments:

Post a Comment