Saturday, August 10, 2019

Larian is my opportunity

Assalamualaikum..

Harini terasa ringan nak menaip cerita pasal larian.. Alhamdulillah Allah hadirkan banyak jenis manusia sepanjang aktiviti larian.. Mcm2 juga tohmahan yang sis dapat daripada manusia yang lain..

Ok, jom kita start.

1st of all zaman belajar dulu, kawan-kawan mcm ada cerita jgk pasal ultra.. Time tu, sis bukan budak sains sukan setakat masuk futsal main main gitu je.. Ada join aktiviti hiking time cuti je waktu program.. Alamak, time tu mcm sipi2 je lah malas nak join..

Sampailah habis belajar, 2016 kot member ajak Johor Future Run.. Time tu just rasa nak lari, larilah. Dah lah datang lambat.. Kakakakaka
Tapi sampai jgklah FL..
Rasanya itulah 1st join event larian..itupun sebab ikut kawan je.. Tak fikir medal ke sijil ke asal datang happy2kan diri..

Sampai 2nd event larian, 2018 neon fun run kt taman yayasan.. And you know what.. This time, i kena maki.. Time tu minta dia teman and support i tapi dia pergi maki i.. Omg..

Dia cakap orang gemuk cm ko ni kuat lari ke.. Fine2 gemuk sgt..
Plus time tu, i bawak totebag time lari.. Dia gelak je, mana ada orang lari bawak totebag..
Time ni, baru sgt masuk kerja so masih perlukan masa untuk adapt dgn kerja so masa untuk aktiviti sendiri agak terhad.. Adalah hiking sekali je sampai injured..

Time event neon run ni jgk esoknya aku dapat berita kematian kawan baik aku yang ajak pergi johor future run 2016 tu.. Ya Allah, masa tu hanya Allah je yg tahu rasa hati ini..arwah sgt baik orangnya... ALLAH itu sebaik-baik perancang..sis redha..

Sampailah dah hujung tahun 2018,sis tak puas hati dah buat home workout guna apps fon so nak try jog kt luar rumah.. Plus ternampak orang share post hati kena kental kalau nak kurus..
Kebetulan pula time tu stress cuti serupa tak cuti.. Banyak kerja, dan sambung belajar.. Cuti mmg cuti, kursus pun banyak.. Wiiii.. So dah alang2 pack jadual, so i nak jugak jog lite2 je.. Sampailah naik sekolah, ada merentas desa and i was like arghh bila dah mula takkan nak stop..

Keadaan sekeliling yang menyebabkan saya ingin mulakan larian.. Jog guna apps strava pada mulanya, kemudian arwah mama pesan sekarang tengah musim heat stroke, dia suruh pergi gym..

Dah seronok pergi gym plaa, rasa cm tak best plaa indoor.. So selang seli, lari outdoor lari indoor..
Warga twitterjaya yang bagi inspirasi untuk pergi run kt banyak tempat lelawo.. Antaranya, setia alam community trail.. Before i join event lola baba fun run.. Rasanya tu 1st event for 2019...and guess what sebab kenapa? Sbb dia lola and baba, the sheep.. I ni seorang yang penyayang that's why lah tak mampu tengok medal2 haiwan..

Next is uitm splash run.. Which is daftar last minute.. Time tu tak sure lah nama masuk dlm list ke tak.. So minta urusetia tu cek.. Rupanya ada.. Join je lah sampai terjumpa geng jemah segamat.. Wiii..

Lepastu eyeshade fun run kt putrajaya anjuran Malaysia Blindness association.. Bertujuan untuk memberi peluang sis berlari dgn rakan-rakan buta.. Oh yes, they also can run..

Alamak lepastu kt mne ehh..

Lepastu raya..

Lepas raya, I love Johor run ada, MBJB Colour run ada, Kulim Trail Run ada..

Milo breakfast run pun ada tapi time tu my mom passed away.. So take time jgak nak cari semangat untuk larian.. Al-fatihah

Even time Kulim trail run tu, rasa nak menangis je time lari.. I dont know how to say, only Allah knows everything... Skrg dah kembali berlari, tapi rasa tak mampu dan semangat tu seolah-olah hilang separuh.. Memang dah tak sama macam dulu.. It's not easy..
Ada orang dia mmg tak ada perasaan.. Hanya tahu nak bergurau je tanpa fikirkan hati dan perasaan..

I join program larian untuk diri sendiri bukan untuk sesiapa.. Datang dia menyibuk lepastu singa terlepas kandang.. Lepastu cakap larian ni banyak buat maksiat..

Uish betul jgk dy cakap, suruh dia je lah masuk meminang atleast ada orang jaga aku kan. Ahaha. Nak sgt kan.. Chee ahh gurau je..

Sis janji balik umrah sis nak stop dah join event larian ni guys.. Janji nak taubat..
Betul jugak bila dia cakap, event larian ni bercampur.. Haah, macam-macam jenis orang sis jumpa.. Time tu plaa, sis lia baru nak kenal dunia selama ni buat dunia mcm dunia sendiri.. Huhu.. Tahu just nak happykan diri je.. Takde plaa terfikir nak kacau hidup orang.. Benda ni benda biasa yang berlaku pd sis.. Orang tuduh sis mcm2.. Padahal, sis okay je.. Takde pape pun..betullah, hidup kita ni sebagai khalifah Allah.. Bermacam-macam jenis orang kita boleh belajar..

Begitu rupanya event larian..
Takpelah, bagi sis grade dapat FM sekali lepastu sis stop okay..
Terima kasih Allah untuk semua ini..

Itulah orang cakap, niat kita mungkin nak buat baik untuk diri sendiri dan jugak orang lain.. Tapi yang jadi, yang bukan-bukan je tanda Allah nak uji kesabaran kita.. Alhamdulillah..

Series tak sangka dugaan bertambah besar lepas cuba nak lupakan masalah yg kita ada.. So dengan ujian ujian ini, kita bertambah lebih matang dalam membuat keputusan.. Sis amalia redha dengan apa yang akan berlaku dengan life sis seterusnya..

Sis bersyukur sis redha.. Sis bahagia dgn cara sis sendiri..
Biarlah kecewa berkali-kali dengan ramai lelaki.. Sis yakin satu hari nanti akan ada yang betul-betul ikhlas untuk diri sis.. Yang mampu lindungi sis, yang diutuskan untuk sis terbaik daripada rezeki Allah.. Allah Maha Mengetahui Segala-galaNya..

Sekian sahaja story sis pasal larian..

No comments:

Post a Comment