Tuesday, September 3, 2019

Bukan ustajah celup

Assalamualaikum..

Penatnya bila orang dah mula salahfaham dengan kita..
Hanya rakan-rakan tertentu je yang boleh faham sis, faham macammana keadaan dan situasi sis..

Memang, saya mengaku saya suka pakai legging untuk bila nak melasakkan diri sebab selesa.. Hakikatnya, rasa berdosa dan bersalah bila pakai tapi sbb selesa.. So mmg nak pakai.. So sebagai inisiatif, beli skirt kt luar tu.. Atleast cover sikit.. Tapi i penatlah, orang nampak kita mcm tak bersalah tutup aurat.. Ya Allah kalau nak cerita pasal dosa pahala, kalau boleh taknak keluar rumah langsung, taknak pergi kerja..

Ikutkan saya lah kalau nak cerita dosa pahala, i taknak langsung berhubung dgn sesiapa selain keluarga.. Buat apa? Kalau katanya pergi sekolah, belajar tu ibadah tapi terdedah dgn sosial life.. Itu masalah paling besar sis lalui zaman belajar dlu masa kecik2.. Kalau boleh taknak duduk asrama, taknak kenal abg2 hensem kt sekolah tu.. Ye, mmg sy jahil zaman dulu tapi my mom tak ajar pun semua tu sbb i belajar dripda persekitaran..

Back to legging, even in this blog i ada share time kt tambun yg i taknak pakai legging.. Tapi since i kwn dgn hakak2 sport science, i test and rasa cm bestnyerrr nak bersukan pakai legging.. Sbb selalu pakai seluar trek mesti terkoyak kt tengah, terkoyak kena seret, terkoyak time tengah buat aktiviti lasak, legging tahan lama sikit... Walaupun ikut kaki ngam2 tapi selesa dan tahan lasak..

Mcm i cakap, i share pada beberapa org yg i percaya je..

Contoh mcm kakak jemah syila, sis lia. Z ada bgtahu dia.. Setiap malam i kena solat taubat supaya Allah ampunkan dosa sis.. Dosa bersukan, tapi pakai legging.. Even i dh cuba pakai skirt kt luar.. I rasa bersalah, tapi itu yg kita selesa..

Even i ada terjumpa satu artikel akak ni dia berhijrah.. Dia cakap, mmg susah.. Tapi orang lain tak berhak pun menilai kita.. Kita yang kena open mind.. Doakan dia supaya dia istiqamah.. Bukan terus menuduh, jatuhkan dia mcm dia seorang je yg masuk neraka..
Pesan hakak tu, kita mmg akan buat lagi salah tu sbb kita cuma manusia biasa..

Saya mmg ada masalah daripada segi menjaga aurat.. Sebab sy hanya manusia biasa even adik lia. Z sendiri tegur sis.. Kau ni jenis on off, nak buat mcmmne.. Yang penting kau jadi diri kau sendiri..

Yes, mmg silap i, kejap tudung labuh, kejap tudung pendek, kejap shawl, kejap legging, kejap baju fit, kejap baju longgar..

Sayanglah baju2 tu, tudung2 tu, my mom tak ajar buang baju.. So i still simpan my f2 punya baju.. Plus kadang2 pg program baju tibe2 terfit walaupun ambik 2xl...pernah sekali je i ambik m.. Itupun i tak selesa then simpan je tak pakai..
Tudung2 i tu zaman i belajar i pernah have a small bisnes jual shawl.. So i kena simpan all my experience dpt hadiah dripda aktiviti tersebut.. Why not?

I pernah share kt kwn2 i zaman belajar dlu i mmg ada citer2 nak jadi ustajah, tapi cukuplah i jaga solat 5 waktu.. Itu je tanggungjawab i, masih tak layak nak sebarkan ilmu seems i pun masih pakai legging.. Cukuplah i ajak u guys solat on time.. Itu je..

I masih lemah daripada segi perhubungan dgn lelaki..
Sbb i terlalu peramah dan jenis tak kisah org.. Tapi itulah masalahnyaa bila dtg org yang tak habis2 nak cari salah kita.. Mcm dia sorang je masuk syurga.. Sbb i cakap kalau boleh i taknak pun keluar rumah langsung even pergi kerja sekalipun..

Penatlah, haa lagi satu things yg inspire me is nora danish.. Walaupun dia free hair whatever jenis tohmahan yg dia dapat, sis tabik dia yang dia tetap solat 5 waktu..
Jadi disitu sis belajar, walaupun macammne pun luaran dia, dalaman dia bukan hak kita untuk menilai..

Walaupun zaman belajar ustazah ada pesan, orang nilai kita melalui pemakaian kita..
Kalau kita pakai bersih, bersihlah hati kita.. Ini apa yang i dapat daripada sekolah but once i masuk u, i jumpa penilaian yg berbeza dan lebih terbuka..

Jadinya disini, i tak kisah pun even awak nak cakap kita macammana sbb ia bergantung pada penerimaan anda.. Tapi once dah pandang kita buruk walaupun kita cuba baikkan tu, tetap nak pandang jahat dan tak maafkan tu mmg mintak sis larilah..

Sedangkan nabi maafkan umat, dia siapa taknak maafkan aku.. Memang daripada awal lagi aku dah mintak maaf, yang laka2 backup laki dia, haiii laki dia buat banyak kali boleh plaa.. Tak berdosa?...
Uish2.. Just open your mind lah..
Kita bukan siapa-siapa nak menilai orang.. Cukuplah Allah sahaja yang menerima taubat itu.. Allah lebih mengetahui.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasNya..

Semoga semua jawapan taubat istikharah sis lia.z terjawab dan dipermudahkan semua urusan.. Aamiin..

No comments:

Post a Comment