Tuesday, March 5, 2013

Cinta si becok

Assalamualaikum

berubah punya berubah,
aku ingin kurangkan berkata-kata
hindari fitnah dan salah sangka
aku dulu tidak sopan,
cakap main lepas,
berbaju reka bentuk badan,
berparas pinggang,
tudung paras paras
anak tudung asal boleh,
sarung kaki apatah lagi.

Dulu,
berfoya-foya
bertemu sana,bertemu sini
sungguh jahat makhluk Allah seorang ini.
Pintu taubat benar terbuka,
namun aku masih bersama si dia
Jodoh?
mungkin.
kita mampu membuat ramalan,
Allah yang tentukan segalanya.
Berubah?
Banyak jalannya
Banyak caranya
Kuasa Allah tiada batasnya.


Berubah kerana Allah,
pintu hati dibuka olehNya
bersyukur selamanya,
kurangkan mengutuknya.
Berdoalah kebahagiaannya.
Kelak kamu jugak bahagia,
Melihat dirinya bahagia.


Setiap ummah boleh berdakwah,
walaupun tidak sempurna,
Allah SWT sahaja sempurna..
Allah Maha Agung..
Terimalah si dia seadanya,
Jodoh kita ketentuan Allah.

No comments:

Post a Comment