Sunday, May 11, 2014

Perancangan,masa dan situasi.

Assalamualaikum

Maaflah jika lame sangat tidak mengupdate blog.lia.z tidak punya masa untuk mempost disini..
sekarang ini pon masih banyak lagi asaimen belum selesai.

Perancangan ini adalah catatan kita untuk lakukan sesuatu.Kita senaraikan segalanya task yang kita nak lakukan samaada pro dan cons sesuatu task itu.
Hah,sebab napa kita kena kenalpasti pro n cons program tu?sebab kadang-kadang apa yang kita rancang itu Allah tak izinkan untuk lakukan sekarang.Jika tidak berlaku sekarang,bukan kerana masalah dari kita,tapi Allah nak jadikan sesuatu benda itu berlaku dengan baik.

Maka itu,kita kenalah bersedia dengan situasi yang kita hadapi setelah melakukan perancangan.


Situasi,

banyak situasi yang boleh berlaku,samaada kita boleh lakukan ia dengan mental dan fizikal.Dalam pengalaman lia.z sepanjang berpersatuan,kebanyakkannya hanya berlaku dari segi mental,kenapa?    Sebab orang suka bertindak ikut emosi.
Kan ada lagu,

fikir sebelum marah,nanti kena jual.

by HAZAMA.

setelah itu,berlaku jurang antara lia.z dengan mereka yang terlalu ikut emosi.Mungkin dia boleh marah orang sebab lakukan kerja yang entah pape,namun setelah dikaji,masih ramai lagi orang-orang mereka yang tidak buat kerja dengan betul.Itulah ikutkan sangat emosi tu.


Dari fizikal pula,adalah kekuatan kita untuk pergi ke sesuatu majlis,adakah hati kita berada di program itu atau dipaksa.Kalau berada disitu,sudah tentu kita kena tahu apa yang kita perlu lakukan.bukan dengan sambil lewa dan tidak menerima pendapat orang lain.
SubhanAllah,lia.z malu dengan seorang rakan yang hanya mahu kita dengar cakap dia tanpa memberi peluang kepada orang lain.

mungkin itu sahaja konklusinya berkenaan perancangan,masa dan situasi.

tidak boleh panjang-panjang.lia.z tidak punya masa yang banyak.yang penting terus hupdate blog yang tak seberapa ini..

assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment