Saturday, June 28, 2014

Bukan iri hati tapi rawat hati

Assalamulaikum..

ulasan lia berkenaan nikah usia muda

Alhamdulilah,seronok tengok kawan kawan lain berbahagia bersama-sama pasangan..dah lah memang nak bulan puasa,syaitan pulak dirantai..kahkah(ketawa macam setan ketawa)

Dan bila anak muda itu bernikah untuk mengelakkan maksiat itu pasti akan buat setan menangis sebab mereka tidak berjaya.
Alhamdulilah..
Bahagia melihat orang lain bahagia..
Seronok tengok orang bernikah usia muda..
Sekarang memang menjadi salah satu fenomena bernikah usia muda.banyak dah buku-buku motivasi dikeluarkan untuk memberi tips-tips alam rumahtangga yang sangat muda..
Lia jugak turut menjadi salah seorang pembaca buku buku tersebut.
Bahagia bila fikir balik,almaklum dunia baru,kita kan remaja,suka mencuba perkara baru..
Tapi hakikatnya,adakah kita benar benar bersedia untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang isteri..oklah,lia ceritakan satu per satu lah..

Agama

Agama,semestinya kita telah dididik oleh ibu bapa kita untuk solat 5 waktu,patuhi ajaran agama dan jangan lupa mengaji Al Quran.alhamdulilah.ibu bapa tidak lupa untuk mengajar lia pada waktu kecil dahulu..
Walaupun sudah bertahun masuk sekolah agama,lia tidak pernah dapat top ten kt sekolah agama,tapi lia masih ingat batas2 pergaulan.tapi yang lia perasan kawan-kawan yang top ten tu semua,ada je pakwe sekarang.oh my,so nak cakap camne tu?...
Isu zaman sekarang ni,subuh sentiasa terlajakkkk laris...tapi ada hati nak bernikah?
Lia ni takdelah sealim mana,sori lia ni biasa-biasa je..lia rasa salah satu punca diri ini rasa belum ready,ialah sebabnya merasakan ibadah yang masih belum cukup.ilmu agama yang masih belum cukup.itu yang penting.
Kalau nak nikah tu,pastikan ilmu didada dah cukup,.yes memang kita tak boleh nak nilai iman orang,tapi cukuplah sekadar ukur pada baju sendiri..
Banyak lagi isu yang boleh dibangkitkan tapi tidak mahulahh cakap lebih..sebab yakin diri ini masih banyak kekurangannya cuma cakap yang simple simple je..

Peribadi

Peribadi ni,of coz lahh penampilan diri..series ke rasa diri ini dah cukup cantik..ramai encik telah memuji lia,tapi sepatah haram lia tidak mahu percaya sebab kalau nak puji,pujilah ibunya dulu,baru puji anaknya..
Sori to say,lia mintak maaf kalau ada yang lia tak layan,..betullah jugak,kita kena berbudi bahasa.tapi kalau tak series dan main-main sorilah..lia dah fobia..nasihat daripada seorang sahabat lia,jagalah penampilan dulu.ubah sikit.inshaAllah ada orang yang lebih baik nak lia.

Masakan

Masakan,sebelum ni memang lia belajar memasak daripada seorang encik ni yang kata nak meminang lia tapi semua tu tipu..
Haurggh! Lia lantak ape dia..pergi lahh sane main jauh..

Ok3..sebenarnya bukan sebab tu ok..sebenarnya sebab lia memang suka memasak..sori ok bukan sebab lelaki.tapi sebab lia rasa,dunia masakan ini memang dunia yang sangat luas dan banyak boleh dicuba resepi nya..untuk masakn,memang just cebur cebur je rempah..adalah kadang-kadang lia masak tawar,maklumlah orang dah tawar hati..kekeekekek..
Dunia masakan manisan ni pon,failed sebab terlebih gula.hahaahah..diabetes nanti laki lia..
Nampak tak?itulah puncanya Allah tidak bagi lia kahwin sekarang.sebab banyak lagi benda lia kena belajar..
Kira kes orang macam lia ni,kena dulu belajar semua,baru boleh bernikah..
Biarlah tidak nikah sekarang,hakikatnya Allah memberi peluang lia untuk jadi seorang isteri yang pandai masak...
Weeeee..
Rasa lega sikit lepas tulis kt blog ni..

Kewangan

Masalah kewangan,hurmm,still belajar lagi kan..dan mama lia pun nak lia nikah dengan cikgu cikgu jugak.huhu..nampak x tu petunjukNya..orang yang kita kena percaya ialah mama..selepas Allah...hanya Allah sahaja yang mampu kuatkan hati lia.
Ehh,cakap sal belajar kan tadi..series belajar ni kena banyak pakai duit..kalau dalam buku motivasi cakap,yang semurah mungkin itu lebih afdal..hahahah..masalahnya memang takda orang nak kat lia yang tak seberapa cukup ni.huhu..tunggu nahh nanti ada orang nak nikah lia,lia update blog ni jadi blog yang lebih menarik.belajar ini banyak perlukan duit.tak semudah bicara.
Jika nak bernikah ni,memang kalau boleh nak jimat.dan kalau boleh nak yan jimat plus grand.
Kalau lia,sorilah,taste lia memang tinggi sikit,tapi kalau boleh masa pernikahan lia tu,semua decoration lia nak buat sendiri.itu lebih puas hati..

Senang citer,lia punya taste still 90 an punya..lia punye life still 90 an sebab kakak2 n abg2 lia semua macam tu..
Kenapa pulak nak iri hati dengan oran yang bernikah awal?huhu
Dan lia rasa bukan lia seorang sahaja yang mengalami perasaan ini..
Ramai lagi,cume kawan-kawan yang sedang bebahagia tu jangan lupa doakan kitorang jumpa pasangan yang baik baik..
InshaAllah..
Amin..

No comments:

Post a Comment