Saturday, April 22, 2017

Projek Proklamator

Assalamualaikum.
Salam Jauhar.
Setiap orang pastinya mempunyai perasaan teruja apabila diberi peluang untuk berkongsi pengalaman, lebih-lebih lagi dapat menghadiri majlis makan malam bersama Yang Berbahagia Dato Seri Khaled bin Nordin,merangkap Menteri Besar Johor.

Sebenarnya, program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada bangsa Johor untuk melibatkan diri dalam perucapan awam dan kepimpinan. Semenjak melibatkan diri dalam Persatuan Siswa Siswi Anak Segamat, lia. Z banyak dapat jemputan ke program-program yang sangat menarik. Tak menang tangan seorang lia ini menyusun jadual sampai redha je ikut sahaja apa yang akan berlaku di hari kejadian. Memang sudah diberitahu kad jemputan, tentatif apa semua tapi masih lagi rasa belum cukup tersusun pada waktu kejadian.

Apabila mendaftarkan diri untuk sertai, lia. Z pasti akan target sosial lia. Z dulu.. Lia. Z ini mungkin nampak macam bukan friendly sebab jenis tak senang nak kenal or ingat orang tapi bila bergaul, orang akan keluarkan perkataan ni.  'awak ni borak macam dah kenal lama'..adeh, hakikatnya seketul lia.z ini sangat sukar nak ingat nama orang lagi-lagi baru kenal atau kenal hanya untuk program. Muka mungkin ingat. Kawan-kawan yang sertai program ini sangat mantap!!!!!!!... Kepimpinan dan tahap keyakinan mereka sangat luar biasa...
Hari pertama, lia. Z kenal dengan roomate yang pada mulanya macam awkward sebab yelahh first time kenalkan.. Nini dan midah yang kedua-duanya dari johor bahru...
Hari pertama jugak, berkenalan dengan rakan semeja depan sekali... Ilham dari usm, seorang pelajar oku.. Izwan juga dari usm, azhar dan hanif...
Yang kumpulan lain ada jugak berkenalan tapi tak serapat mana, hanya berkenalan muka dan nama yang dah tak berapa nak ingat harini. Maap, tapi kalau jumpa insha Allah mencuba yang terbaik untuk ingat.

Selain itu, perbincangan yang diadakan sangat memberansangkan apabila sesi berlawan dan bertukar pendapat berlaku. Sangat terbaik dan tetiba terasa macam kurang berpengetahuan tentang isu-isu semasa sebab mereka beri fakta yang tepat dan telus..lia. z memang suka memberi fakta dan keluarkan isu tapi selalunya hanya mampu buat kontroversi je. Buat orang tertanya-tanya, apa yang dia cuba nak sampaikan. Tambahan lagi, orang selalunya memang tak faham apa yang saya nak. Maaf, mungkin perlu banyakkan lagi penyelidikan untuk perkara-perkara itu.

Sebelum terlupa, semasa makan malam bersama menteri besar, sempat lagi lia. Z ber'reunion' dengan kawan-kawan yang bersama-sama uruskan program Mahasiswa Turun Dun 2016...kalau awak semua baca ni, awak semua memang terbaik lah.. Maaf, sis memang lack in language..i can speak in english but only if there is no other language they understand.. Anyway, saya akan sentiasa husnozun pada kawan-kawan saya yang DIRINDUI. 😢😢

Hari terakhir, seharusnya dan sepatutnya program diakhiri dengan pergulungan Perhimpunan Agong Umno 2016,dimana saya boleh jumpa Yang Berbahagia Dato Khairy Jamaludin salah seorang ikon politik saya, namun begitu terpaksa melupakan hasrat untuk pergi ke pau atas kesempatan lain kerana mahu pergi ke MAHA 2016. Program yang saya wajib pergi walaupun terdapat pelbagai rintangan... Malah, semasa disana,ramai jugak makcik-makcik tegur saya, baru balik perhimpunan ke, sebab pakai tudung pink. Adeh...dan mereka cakap kami sama, baru pulang dari sana....
Nampak tak, kesinambungan umno dan aktiviti pertanian. Suka saya kaitkan hal ini, pertanian dan kehidupan seharian. Kalau nak dengar ulasan saya berkenaan pertanian kena buat banyak post ni... Hihi..

Harapan saya untuk program ini, disebabkan saya berkenalan dengan pemimpin-pemimpin daripada latar belakang yang berbeza jadi saya amat tertarik untuk teruskan sertai program seperti ini agar dapat memperjuangkan pertanian harus dijadikan amalan kehidupan seharian kita. Pengalaman itu sangat berharga berbanding wang ringgit, jadi carilah ilmu sampai ke liang lahad..
Selain itu, hasil daripada program ini, saya juga berminat untuk teruskan belajar tentang semangat kenegaraan yang perlu diterapkan oleh semua rakyat Malaysia.

Terima kasih jugak kepada pihak penganjur program dan penyampai ceramah dalam setiap slot dalam projek proklamator ini.

No comments:

Post a Comment