Monday, June 5, 2017

Menangis dalam Diam

Assalamualaikum

Lia.z rasa start daripada semalam macam moody tahap dah terlebih-lebih dah ni.. Rasa nak marah je semua orang,walaupun dapat berjumpa dengan anak-anak tercinta di taska yang lia.z pernah kerja sebelum ini..

Sebenarnya semua benda ini berlaku sebab lia.z dah mula rindu dia..
Malam nak tidur asyik fikir je..nak bagitahu ke tak nak bagitahu ke tak....
Sis tak suka nak bagitahu feeling kt orang direct even dalam percakapan biasa pun dapat psiko orang,inikan pula feeling diri sendiri..salah diri lia.z sebab ianya hanya akan menyusahkan diri sendiri tapi biarlah Tuhan sahaja yang tentukan semua itu..

Bukan apa,sebab pernah percaya kat orang tapi akhirnya tak jadi juga..so sis harap abang dapat buktikan yang abang boleh dipercayai..tak pernah nak paksa macam sis buat pada ex sebelum ini..sis siap Pesan kat abang bila tarikh-tarikh sis cuti sebab sis nak abang yang plan..sis dah redha dengan semua tu sebab sis tahu abang is the best planner in your life,buat apa semua jadi...tapi semoga Allah permudahkan segala plan awak tu..
Sis bukan seorang yang bijak membuat keputusan sebab sis perlukan seseorang yang boleh memimpin sis untuk sesuatu keputusan itu...so faham kan,sis nak ikut abang je,taknak bagi abang asik nak kena dengar cakap sis je..sis taknak frust teruk macam sebelum ni sebab tu sis layan abang macam ye tak ye....kita belum dapat kepercayaan selagi abang belum menggerakkan apa-apa langkah,paling kurang pun bawak pergi jumpa famili..taknak fikir semua tu sebenarnya tapi mungkin sebab dah sayang,setiap hari teringat walaupun dah cuba kawal..

Setakat ini,kalau dapat berjumpa,rasa macam sekejap sangat dapat jumpa..the same way i feel masa zaman dulu-dulu...bukan nak cakap desperate ke apa,cuma nak kepercayaan itu jelas dan nyata...awak pernah tahu ke?setiap kali nak say goodbye,rasa macam nak nangis...tapi tahan lagi...nangis waktu dah otw nak balik..takpun nangis kat bilik je.....saya rasa awak tak pernah tahu pun...paling sebak masa malam last kita jumpa tu,dengan kawan-kawan sis malam tu buat hal...rasa macam ok,im bad...sebab sis bukan orang yang boleh puaskan hati semua orang...lia.z cuma manusia biasa..


Macam banyak lagi benda nak diluahkan tapi macam tak mampu dah nak jelaskan...
Betullah orang cakap,diam lebih baik...

Tapi sampai bila nak diamkan macamni..sampai berlaku salah faham..
Buatlah apa abang nak buat..

Sis hanya mampu sabar dan redha..

Assalamualaikum.







Yang masih tak mampu nak luahkan perasaan,

Lia Zakiah Cerdik

No comments:

Post a Comment