Tuesday, September 12, 2017

Made my day | 11 September

alhamdullilahh...
banyak benda berlaku dalam sehari lia.z pada hari isnin..

bila kita meminta bahagia,insha Allah akan datang kebahagiaan itu..walaupun masih banyak jugak orang yang downkan sis..

alaaa,biarlah..yang penting kita kena ingat Tuhan..

Pepagi sis dah gerak awal pergi sekolah sebab katanya sis kena bertugas di sekolah.
Tugas seorang guru kelas juga telah diamanahkan dua minggu lepas,alhamdulillah dapat ambil kedatangan dengan baik walaupun masih ramai lagi pelajar kelas yang suka datang lambat.

dan menjalankan pdpc dengan berhemah dan tenang.
dari pagi sampai rehat.
pagi sis alas perut dengan biskut oat munchys tu ha,
waktu rehat lepas habis pdpc terus melantak lontong goreng my mom masak.


ngam habis lontong my mom masak....

kring kring fon sis berbunyi (padahal silent,tapi ada lampu led)

ketua guru bertugas suruh hantar pelajar kena tebuan ke klinik kesihatan..
ya ampun,sekolah kitorang ni memang atas bukit.
nak nak pulak banyak kebunnya..tebuan suka duduk..
bomba dah banyak buat aktiviti membuang sarang sana sini masih ada lagi..

sis pun bergegas pergi klinik kesihatan buloh kasap hantar pelajar yang adehh nama pun nak sama dengan aku,habby zakiah..tak rasa coincidence ke?
risau aku wehh ingat nak hantar dia balik rumah terus..
kebetulan kakak saudara dia baru bersalin kat klinik tu,dah otw nak balik tunggu ayah dia datang..
kakak saudara dia pun suruh ayah dia bawak makcik dia..haaaa, alhamdulillah tuhan nak mudahkan lagi sekali..


ini satu cerita..ada banyak lagi cerita..
blah blah blah..dalam dua tiga cerita tapi xsempat nak ceritakan harini..

punyalah penat uruskan masalah dunia..

sis lepas magrib dah baringg luruskan badan..
tak sedar pun tertido sedar balik dah pukul 2...
mcm biasa,isyak dulu sbb selalu sangat tertido awal..


semoga esok sibuk lagi uruskan dunia dan cepat tido..
so harap semua faham.
cikgu bukan ultraman.
cikgu cuma manusia biasa.











cikgu spiderman,

cikgu dan kecemasan

No comments:

Post a Comment