Wednesday, September 6, 2017

Naluri 2

Ya ampun..

Terasa macam dia makin dekat walaupun jauh..

Tak kisahlah macammana pun fakta psikologi yang dikongsi di dinding,di dunia realiti,orang sekeliling sis..

Asal malam tersedar,mintak petunjuk..
Masih termenung memikirkan masa depan yang kita memang tak boleh jangka..cadangnya lepas solat nak buat e-brm tapi biasanya memang pergi ke sini dulu..padahal tak perlu pun kat sini..tapi perlu untuk diri sendiri..nanti cakap aku gila plakk..

Tak tahu nak relate macammana..

Pernah terbaca satu artikel..

Setiap kali kita minta petunjuk,bergantung pada Allah swt nak balas dengan caraNya tersendiri..

Ada dua kisah dia bagi contoh berkenaan mereka yang dapat petunjuk lepas solat istikharah/taubat...

Pertama,dia mintak jodoh..Alhamdulillah..berjaya sampai ke pertunangan..dan bincang serta prepare apa yang patut...tapi 3 hari sebelum pernikahan,dia dapat mimpi mengatakan tunang dia tidak baik untuk dia...
Sekali rupanya tunangnya itu laki orang..
Mereka putus tunang..
Lepas 3 tahun,alhamdullillah bernikah dengan jodoh yang tepat..

kedua,dia mintak jodoh jugak...
Ya ampun,tiba-tiba je datang.
Tiba-tiba je merisik,tiba-tiba je tunang,..
Tak bincang,tak borak panjang,tak dating selalu,tak jumpa,just taaruf simple je setakat kenal keluarga mcmtu je jumpa kejap-kejap.. Takda lah yang mcm skrg nak kena bincang nak kena plan bagai bertahun-tahun..
Segalanya secara tiba-tiba dan kita memang tak boleh jangka kuasa Allah itu tersangatlah besar..
Cerita yang kedua ini adalah yang lebih teratur dengan kuasa Allah..

Seperti sis lia.z cakap sebelum ini,bahagia takkan datang jika kita tidak meminta..meminta pada Illahi...lepas rasa yakin dengan petunjuk tersebut barulah refer pada orang yang lebih dewasa..
Ramai yang cakap mereka dah cuba beri petunjuk secara realitinya,terima kasih buat kawan-kawan yang cuba membantu ini..

Cumanya lia.z rasa makin kuat walaupun dibiarkan ia pergi.rasa macam kehilangan something walaupun dia dah cakap dia suka orang lain tapi sis rasa naluri ego dia tu tetap ada..dan saya takkan nampak masa depan saya..tapi kenapa Allah timbulkan rasa ini walaupun dah mintak taubat..selalu bertanya dalam hati,Allah rindu aku ke nak suruh pergi bertaubat..
Tapi lepastu tetap rindu kat awak..
Takpelah,belajar je untuk kawal diri.

Mungkin tak ramai manusia percaya perasaan ini atas teori-teori yang dibuat oleh manusia sendiri,saya takkan berhenti untuk terus berdoa untuk awak..
Saya bukan syok sendiri tau,saya sedang melatih diri untuk kawal hati dan emosi..

Takkanlahh sesuka Allah nak turunkan rasa sayang itu lepas seseorang itu pergi mintak doa banyak-banyak..yela,kita takkan tahu bila doa itu akan termakbul tapi rasa sayang itu sebenarnya kebahagiaan yang menjadi sebahagian daripada rezeki kita..

Betul tak?

Selalu sangat tau nak up pendek je tapi jadi panjang sebab nak explain dan selalunya explain panjang-panjang pun orang tak faham..orang tak cukup menghayati dan mendalami..

Yang kena buat ebrm,
Masih bertanggungjawab untuk negara.

No comments:

Post a Comment