Saturday, September 23, 2017

Spekulasi | penjelasan

Memang dah lama dah jadi tanda tanya orang semenjak raya haji haritu..

Semua orang tanya.
Kenapa lia.z pakai purdah?
Kenapa kejap pakai kejap tutup?
Kenapa, kenapa dan kenapa?
KAN ORANG KERAJAAN TAK DIBENARKAN PAKAI PURDAH.

hmm,saya faham itu kawan-kawan..cumanya langkah ini saya guna untuk melatih diri daripada terlalu bersosial..
Saya belajar untuk melatih diri tidak kira dari segi aspek komunikasi,perhubungan dan lain-lain..
Saya pakai untuk kembalikan semangat positif dalam diri ini.
Saya pakai untuk mengawal diri ini.
Saya pakai untuk mengurangkan percakapan yang mungkin tidak perlu diperbesarkan
Saya pakai untuk jauhkan diri saya daripada mengumpat orang,tidak puas hati sana-sini..
Bukan saya pakai untuk dingata,
Bukan saya pakai untuk dingumpat,
Bukaaaannnn..

Memang dari kecil lagi,saya memang dilabel oleh ramai orang.dia ini memang peramah..
Tapi kadang-kadang sifat peramah saya ini memakan diri..
Saya memang jujur dgn ramai orang.
Tapi kadang-kadang sifat terlalu jujur akan menyebabkan ramai orang pijak kepala saya.

Saya memang dah belajar untuk kurangkan bercakap.
Kurangkan menegur orang lain atau erti kata lain dah kurangkan hubungan sosial dengan orang semenjak praktikal.sebab saya tahu,saya akan menjadi seorang yang terlalu memberi harapan pada orang.
Lepastu bila dah bagi,kepercayaan itu hilang macamtu sahaja..

Trustworthy.

Burst macam itu sahaja,itu je benda yang sama.. Sis bukan orang yang sama,sis dah banyak dah ambik pengalaman...
Rasanya pakar psikologi ke pakar psikiatri mesti setuju langkah sis lia.z ini untuk kurangkan bersosial dengan lebih ramai orang..

Boleh ramai,tapi kena berpada-pada..
Sori ye,kalau diri ini kurang bercakap dan menyebabkan miscommunication..

Sis lia.z bukanlah #ustajahfesbuk sis lia.z cuma mahukan hubungan yang baik-baik sahaja dengan kawan-kawan.tidak kiralah apa bangsa pun..kita satu Malaysia..
Sis lia.z cuma seorang yang sedang ingin berubah.
Mungkin jauh lagi perjalanan untuk jadi yang lebih baik sebab alaaa sebab Dia dh cerita sblum ini pasal alim ulama yang tak lepas satu je pintu syurga walaupun banyak dah pintu syurga dia masuk..
Sis masih memakainya jika perlu dan masih tak biasa lagi..
Nanti dah biasa sis pakai ehh..
Sekarang dah tahu kan apa tujuan sis memakai.
Bukan suka-suka,hanya sekadar aksesori untuk mengawal percakapan dan kurangkan berkomunikasi yang tidak perlu..

Dekat sekolah sis tak pakai,kat luar pun pakai mengikut keadaan,jika melibatkan banyak percakapan mungkin itu perlu..hahaha tapi semalam bercakap/bertanya gak..hmm bagaimanakah harusku mengelak..
Ramai jugak yang cakap,ehh ingat kitorang tak kenal ke..
pu rahmat siap suruh mention nama tapi sis dalam hati (eh dia ni dh tahu aku mcmni pergi tanya plaa,terpaksalah jujur)..

Apa-apa pun,doakanlah kesejahteraan sis lia.z..yang masih ingin berubah ini..





Yang ingin berubah,

Miss banyak cakap

No comments:

Post a Comment