Monday, November 5, 2018

Nikmat

Assalamualaikum.



Tengah cuti-cuti ni memang adalah masa nak membuka, menaip luahan hati. Itupun kalau sempat, selalunya tak sempat pun sekali pejam celik cuti pun habis..
Tapi malam ni saja nak keluarkan satu topik berkenaan nikmat.


Setiap yang berlaku dalam hidup sis lia. Z, sis share untuk memberi maklumat bahawa dalam diri kita sentiasa ada perubahan dan kita tak mungkin berada di satu titik yang sama je..

Misalnya macam zaman belajar dulu, waktu tido adalah amat sedikit. Dimana malam dipaksa untuk tido lewat pagi terpaksa bangun awal.. Tido lewat sebab asignment dan post mortem, bangun awal sebab nak kena siap sedia untuk ke kelas..
Zaman belajar, komitmen memang dah banyak tapi tidak sebanyak zaman bekerja. Walaupun baru setahun jagung,perubahan amat ketara..

Balik kerja mesti tido walaupun 10 minit which is sangat precious then dah petang sikit lepas azan asar mmg automatik tersedar bangun mandi baru buat kerja rumah atau kerja sekolah.
Kemudian azan magrib, terus tunggu isyak kemudian zzzzzzz.
Ya Allah nikmatnya tido mesti sblum pk 9.30 tapi kalau ada terlajak tu kadang2 sbb ada urusan luar dan urusan sekolah..

Nampaklah, bila dah bekerja ni tido itu adalah nikmat untuk berhenti sekejap daripada pinjaman dunia ini..
Alhamdullilah.
Misalnya mcm cuti kali ni, kitorang bagai nak giler berjalan sampai ke kelantan ingat nak sambung lagi tapi baik gunakan baki dua hari ini untuk zzzzzzzzzzzzzz.
Series malam tadi sampai je rumah, mandi solat tutup mata tido. Pagi bangun tahajud kejap, sambung tido balik sedar 6.45 subuh pula. Sarapan agak-agak perut dah terisi.. Bukak mp3 fon, tak tahu tido cmne sedar-sedar dah pukul 11.30..
Makan lagi keropok lekor dan masak nasi sebab mama dah beli lauk, tak mampu nak menunggu nasi masak dah naik atas masuk bilik dengar lagu ehh dah bubye2 dalam mimpi sedar dah pukul 3.30..solat zohor, makan, sambung solat asar.. Then now dah otw nak sambung tido malam. Ya Allah nikmatnya bila cuti dapat duduk rumah bermalas-malasan.. Uish uish.. Sekali sekala je cuti cmni. Selalunya cuti seorang amalia sangat sibuk program ke sana dan ke sini..

Sekarang kena fokus habiskan kerja sekolah, barulah fikir nak berjalan lagi.
Banyak list aktiviti dan projek lepas jaga spm tapi tak tahulah sempat ke tak sebab cuti kita tak lama then dah bukak sekolah semula.. Bestnyer..


Ps:sis dah banyak share takwim so sis nak bro faham ye, cuti sekolah itu adalah waktu berkualiti bersama keluarga.. Janganlah datang waktu sis tengah sibuk kat sekolah. Sila hadamkan.





Yang tido waktu cuti,



Cikgu topup tido waktu cuti.

No comments:

Post a Comment